Nota Tatabahasa: Kata Adjektif

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Terdapat 9 Jenis Kata Adjektif.

9 Jenis Kata Adjektif

  1. Kata adjektif sifatan / keadaan
    • Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,garang, buas, condong
  2. Kata Adjektif Warna
    • Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
  3. Kata Adjektif Ukuran
    • Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
  4. Kata Adjektif Bentuk
    • Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
  5. Kata Adjektif Jarak
    • Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
  6. Kata Adjektif Waktu
    • Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
  7. Kata Adjektif Perasaan
    • Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
  8. Kata Adjektif Cara
    • Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
  9. Kata Adjektif Pancaindera
    • Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
      nyaring, gemersik

Kain sutera Thai yang dibeli oleh ayah _____________ harganya.

Correct! Wrong!

Rumah orang tua itu _____________ kerana dipukul ribut.

Correct! Wrong!

Potong hujung dahan yang __________ itu sebelum berlakunya kejadian tidak diingini.

Correct! Wrong!

Bubur nasi yang dimasak oleh kakak pada pagi semalam tidak boleh dimakan kerana sudah _____________ .

Correct! Wrong!

Mak Cik Juriah yang sudah _____________ itu kelihatan berjalan terbongkok-bongkok sambil menjajakan kuih-muihnya.

Correct! Wrong!

Sayur-sayuran di kebun Encik Lim sungguh _____________ kerana mendapat siraman air dan baja yang mencukupi.

Correct! Wrong!

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan kewangan kepada golongan __________

Correct! Wrong!

Beberapa orang murid sedang berehat di bawah pepohon yang _____________ itu.

Correct! Wrong!

Hang Tuah pahlawan Melayu yang _____________ dan terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Correct! Wrong!

Suasana di pesta itu bertambah _____________ apabila pengunjung dihiburkan oleh artis terkenal.

Correct! Wrong!

Kuiz Kata Adjektif (Sifat/Keadaan)
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Kredit: Sektor Pengurusan Akademik JPN Perak.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.