Nota Tatabahasa: Kata Kerja Transitif

Photo of author

By Cikgu Unicorn

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

Maksud Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitif merupakan Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk melengkapkan maksud ayat. Kata Kerja Transitif boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

  • (minum, makan) – tiada imbuhan
  • meN-…                          -           (mencangkul, menebang, memukul)
  • meN-…-i                       -           (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
  • meN-…-kan                  -           (melarikan, memasukkan, menjalankan)
  • memper-…                   -           (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
  • memper-…-kan            -           (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
  • memper-…-i                 -           (memperdengari, memperingati)

Kata Kerja Transitif boleh boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat AktifAyat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu.Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.