Imbuhan Pinjaman Tahun 5

Photo of author

By Fatin Sakinah

Latihan Imbuhan Pinjaman ini dimuatkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan. Melalui kurikulum ini, pembelajaran bahasa Melayu lebih menekankan penyataan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang perlu diketahui dan mampu dilaksanakan oleh murid.

Rujukan Guru: 2.2.3

Nota Imbuhan Pinjaman

Imbuhan pinjaman banyak digunakan dalam ayat. Imbuhan pinjaman ini dpinjam daripada imbuhan bahasa Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Bahasa Inggeris. Ketiga-tiga imbuhan pinjaman ini juga merangkumi imbuhan awalan dan akhiran.

Dalam pembelajaran imbuhan pinjaman, murid akan belajar mengenal dan menggunakan imbuhan pinjaman mengikut konteks.

IMBUHAN PINJAMAN SANSKRITARAB-PARSIYUNANI-LATIN-
BAHASA INGGERIS
AWALANmaha-
1) maha- + siswa = mahasiswa
2) maha- + raja = maharaja

tata-
1) tata- + cara = tatacara
2) tata- + bahasa = tatabahasa

swa-
1) swa- + foto = swafoto
2) swa- +tenaga = swatenaga

pasca-
1) pasca- + siswazah +pascasiswazah
bi-
1) bi- + normal = binormal
pro-
1) pro- + aktif = proaktif

anti-
1) anti- + sosial = antisosial
2) anti- +biotik = antibiotik

auto-
1) auto- + matik =vautomatik

AKHIRAN-wan
1) bangsa + -wan = bangsawan

-wati
1) seni-wati
-wi
1) dunia + -wi = duniawi

-i
1) azal + -i = azali

-iah
1) lahir + -iah = lahiriah
-isme
1)nasionalisme

-ik
1) linguistik

-al
1) praktikal

Latihan Imbuhan Pinjaman Tahun 5

Jawab kesemua 10 soalan di bawah dengan imbuhan pinjaman yang betul dan tepat.

1. ___________itu telah bersetuju untuk membiayai kos pembinaan rumah anak yatim.

  A. Budiman                           B. Hartawan                C. Sukarelawan           D. Angkasawan

2. Antara  punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai __________dengan baik.

  A. tatasusila              B. tatakerja                  C. tatabahasa                D. tataetika

3. Mira Filzah yang ___________itu bekerja sebagai pelakon dalam sebuah drama Melayu.

A. jutawan                                   B. jelitawan                  C. mahasiswi               D. budayawan

4. Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang melanggar peraturan berkerja.

    A. tatabahasa             B. tatasusila                C. tatacara                  D. tatatertib

5. Pelajar universiti haruslah mematuhi ____________berpakaian semasa berada di dalam kawasan universiti.

  A. tatacara                            B. tataetika                  C. tatatertib                 D. tatasusila

6. Manusia zaman ___________ di dunia ini terdiri daripada Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

  A. prakata                             B. prasejarah               C. poliklinik                  D. politeknik

7. Yusof mempunyai adik berumur lima tahun dan sedang belajar di _________ .

  A. prasekolah                        B. Prasejarah  C. poliklinik                  D. politeknik

8. Pelajar universiti dikenali sebagai _______________.

A. maharani B. mahaguru C. maharaja D. mahasiswa

9. Dzikrul telah dianugerahkan sebagai ________________ kerana memenangi pelbagai pertandingan dalam sukan sekolahnya.

A. negarawan                      B. ilmuwan                       C. cendekiawan          D. olahragawan

10. ____________itu sedang melaporkan berita kebakaran kedai di Teluk Intan.

A. Peragawati               B. Budayawan             C. Sejarawan              D.  Wartawan

Semak Latihan Imbuhan Pinjaman Tahun 5

0%

1. ___________itu telah bersetuju untuk membiayai kos pembinaan rumah anak yatim.

Correct! Wrong!

2. Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai __________dengan baik.

Correct! Wrong!

Mira Filzah yang ___________itu bekerja sebagai pelakon dalam sebuah drama Melayu.

Correct! Wrong!

Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang melanggar peraturan berkerja.

Correct! Wrong!

Pelajar universiti haruslah mematuhi ____________berpakaian semasa berada di dalam kawasan universiti.

Correct! Wrong!

Advertisement

Manusia zaman ___________ di dunia ini terdiri daripada Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

Correct! Wrong!

Yusof mempunyai adik berumur lima tahun dan sedang belajar di _________ .

Correct! Wrong!

Pelajar universiti dikenali sebagai _______________.

Correct! Wrong!

Dzikrul telah dianugerahkan sebagai ________________ kerana memenangi pelbagai pertandingan dalam sukan sekolahnya.

Correct! Wrong!

____________itu sedang melaporkan berita kebakaran kedai di Teluk Intan.

Correct! Wrong!

LATIHAN IMBUHAN PINJAMAN TAHUN 5
Belum Mencapai Tahap Minimum
Pencapaian anda belum mencapai tahap minimum, cuba lagi !
Melepasi Pencapaian Tahap Minimum
Bagus, anda telah melepasi tahap pencapaian minimum !
Anda Hebat!
Tahniah, anda telah menjawab kuiz dengan cemerlang!

Share your Results:

Rekod Penilaian Latihan Imbuhan Pinjaman

Murid-murid diminta menyalin semula soalan Latihan Imbuhan Pinjaman berserta jawapan pilihan ke dalam buku nota. Salin dengan kemas dan teratur. Buat pembetulan bagi jawapan yang kurang tepat. Catatan ini berguna untuk rekod PBD.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.