Kata Ganti Nama Diri didedahkan bermula tahun 1 sekolah rendah. Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
Jenis Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur), Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar), dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya).
Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
anda
Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
baginda
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri
SALAH
BETUL
“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,†kata Murthi kepada Azrul.
“Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,†kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,†kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
“Patik mohon maaf atas kesalahan patik,†kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
sangat bertolong untuk saya