Home Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pertandingan Bercerita Sebelum Tidur

Pertandingan Bercerita Sebelum Tidur

0
123
pertandingan bercerita

Anda pasti merindui saat-saat ibu atau ayah membacakan cerita sebelum anda dibuai mimpi indah. Diakui bercerita sebelum tidur mampu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam keluarga.

Maka, atas nama kecintaan itu, rakamkan momen anda bercerita sebelum tidur kepada anak-anak anda sebagai kenangan terindah dalam hidup anda sekeluarga dan hantarkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pertandingan Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Pertandingan Bercerita Sebelum Tidur ‘”Dengarlah Anakku Sayang”. Rakam, kongsi dan menangi hadiah utama bernilai RM1000.00.

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan menimpa si ranting jatuh;
Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan dikenang orang jauh.

Syarat-Syarat Pertandingan

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia.
  2. Klik tanda SUKA pada Facebook DBP atau IKUT Instagram @dbpmalaysia.
  3. Muat naik rakaman video bercerita sebelum tidur di akaun media sosial masing-masing (Facebook,Instagram) berserta #Dengarlahanakkusayang, #MalaysiaMembaca dan #klwbc2020.
  4. Akaun media sosial hendaklah berstatus umum.
  5. Durasi video selama 3 minit dengan format mp4.
  6. Rakaman video hendaklah dalam bahasa Melayu dan bertemakan nilai murni.

Hadiah Pertandingan

Tiga (3) pemenang akan dipilih daripada lapan (8) video yang mendapat jumlah Suka terbanyak. Pemenang akan diumumkan melalui media sosial DBP.

Tarikh Tutup Pertandingan

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 10 Mei 2020. Keputusan juri adalah muktamad. Selamat mencuba!

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!