Takwim MSSM 2020

Photo of author

By GengSekolah.Com

Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua jurulatih dan pengurus pasukan. Tidak kiralah di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Masing-masing akan rencanakan sesi latihan dan aktiviti yang akan memajukan momentum pelajar semua.

Pelancaran Takwim MSSM 2020

Majlis Pelancaran Takwim MSSM 2020 telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr. Amin Senin di Putrajaya. Kejohanan sukan Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2020 akan bermula pada 7 Mac 2020 sehingga Ogos 2020. Sebanyak 24 jenis sukan akan dipertandingkan di peringkat nasional dan 9 kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.

Takwim MSSM 2020 – Peringkat Kebangsaan

Takwim MSSM 2020 ini mengandungi senarai tarikh pertandingan atau perlawanan antara semua negeri di Malaysia dalam acara Merentas Desa, Akuatik, Sofbol, Bola Jaring, SKuasy, Badminton, Memanah, Bola Tampar, Ragbi, Hoki, Golf, Gimnastik Berirama, Catur, Olahraga, Gimnastik Artistik, Boling Tenpin, Bola Keranjang, Bola Sepak, Sepak Takraw, Kriket, Tenis, Ping Pong, bola Jaring dan Pelayaran.

Takwim MSSM 2020 – Peringkat Antarabangsa

Takwim MSSM peringkat antarabangsa pula melibatkan kejohanan Asean School Sports Council (ASSC), Asian School Sport Federation (ASSF), Asian Schools Football Federation (ASFF) dan lain-lain sukan antarabangsa.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.