Garis Panduan Buka Semula Sekolah dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 4 Jun 2020. Sejak bermulanya cuti penggal persekolahan pada Mac lalu, semua sekolah ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Pendidikan Dr. Radzi Md Jidin berkata, garis panduan setebal 34 muka surat ini akan menjadi rujukan kepada pihak sekolah dan guru-guru untuk membuat persediaan Pembukaan Semula Sekolah.
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Setelah melaksanakan penelitian terperinci Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, maka terhasillah Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah.
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah ini mengandungi panduan pergerakan murid sejurus tiba di sekolah sehinggalah kepulangan mereka selepas tamat sesi persekolah.

Pemeriksaan Suhu Badan
Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala tindakan selanjutnya akan diambil.
“Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius… pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
Murid Makan di Kelas Masing-Masing
Penjarakan sosial di kantin antara yang dipandang serius. Waktu rehat akan dijalankan secara berperingkat. Semua murid akan membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain makan. Setelah membeli makanan, mereka akan makan di dalam kelas masing-masing.
Keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu.
Susunan Meja dalam Kelas dan Makmal
Susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan murid mesti ditempatkan di kelas lain.
Kedudukan murid di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.

Diwajibkan untuk Wujudkan Bilik Isolasi
Setiap sekolah juga perlu ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya
Muat Turun Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Pihak sekolah boleh memuat turun dokumen Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah melalui pautan di bawah: