Nota Tatabahasa: Kata Penguat

0
90
nota kata penguat

Maksud Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat 3 jenis kata penguat yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Jenis-Jenis Kata Penguat

KATA PENGUATCONTOH
penguat hadapanterlalu, paling, agak
penguat belakangsekali, benar, nian
penguat bebasamat, sangat, sungguh

Kata Penguat Di Hadapan Kata Adjektif

  • terlalu – Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
  • paling – Sambal tumis itu paling sedap.
  • agak – Jalan di kawasan itu agak bahaya.

Kata Penguat Di Belakang Kata Adjektif

  • sekali – Pendapat murid itu baik sekali.
  • nian – Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
  • benar – Cantik benar rantai mutiara ini.

Kata Penguat Bebas

Kata penguat bebas, digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Berikut merupakan contoh kata penguat bebas dan penggunaannya.

  • amat
    • Kraf tangan itu amat cantik.
    • Kraf tangan itu cantik amat.
  • sangat
    • Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
    • Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
  • sungguh
    • Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju.
    • Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.

Kata Penguat Digunakan Berdua

Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih. (Tatabahasa Dewan m.s 390). Contohnya:

  • Suaranya sungguh amat merdu.
  • Perangainya sungguh kurang sopan.
  • Kata-katanya terlalu amat pedih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.